Merancang dan melaksanakan aktiviti pendidikan menengah sebagai semaian yang kukuh dan mantap untuk meneruskan pembangunan insan bumiputera ke arah mewujudkan masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera. Mewatakkan pelajar sebagai pelajar yang mempunyai jati diri, pemikiran strategik, kreatif dengan kekuatan daya tahan, daya saing dan daya juang berlandaskan nilai-nilai murni sebagai asas kepada budaya keusahawanan. Merancang dan melaksanakan aktiviti-aktiviti kokurikulum dengan tujuan membina modal insan yang cergas dari segi mental dan fizikal bagi menghadapi cabaran globalisasi. Merancang dan melaksanakan keberkesanan aktiviti pembangunan sahsiah pelajar dalam bidang-bidang strategik dengan-bidang strategik dengan tujuan membantu pelajar yang mempunyai sahsiah terpuji Menyediakan modal insan yang berintegriti dan berpotensi tinggi dalam semua bidang terutamanya dalam bidang sains dan teknologi serta mempunyai ciri-ciri keusahawanan

 

Visi
Menjadikan MRSM sebagai pusat kecemerlangan  yang  inovatif dan bertaraf dunia.

 

Nilai Teras

Saintifik, Independen, Kreatif, Amanah, Patriotik

 

Moto
"Tapping Pontentials, Nurturing Excellence"